Site icon TechNave BM

OnePlus 13 dilancar secara global, tempahan kini dibuka di Malaysia! – Berharga RM4,399

OnePlus 13, telefon pintar segmen perdana terbaharu daripada OnePlus telah dilancarkan secara rasmi di China pada November tahun lalu. Kini, pelancaran global model ini telah berlangsung termasuk di Malaysia pada malam tadi. Harga OnePlus 13 di Malaysia bermula daripada RM4,399 dengan pakej tempahan istimewa.

Menurut OnePlus Malaysia, model yang ditawarkan di Malaysia adalah varian 16GB + 512GB. Pelanggan yang membuat tempahan kini berpeluang menikmati hadiah percuma eksklusif yang merangkumi set pengecas SUPERVOOC 100W, Sarung Telefon Magnetik OnePlus dan Powerbank Magnetik OnePlus. Pakej tempahan ini bernilai keseluruhan RM5,473.

Daripada segi spesifikasi, OnePlus 13 yang dijual di Malaysia adalah serupa dengan model yang dijual di China. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite yang terkini, bateri 6,000mAh dengan pengecasan 100W SUPERVOOC dan 50W AIRVOOC, paparan 6.82 inci QHD+ 120Hz ProXDR dengan LTPO serta kamera hadapan 32MP.

Pada bahagian belakang, OnePlus 13 dilengkapi dengan sistem kamera tiga lensa Hasselblad termasuk kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-808 yang menyokong OIS, kamera telefoto 50MP dengan pembesaran 3X Triprism yang juga dilengkapi OIS dan kamera Ultra-Wide 50MP.

Telefon ini menyokong rakaman video 4K Dolby Vision untuk semua kamera dan ciri AI Telephoto yang diaktifkan secara automatik pada zoom 10x. Selain itu, OnePlus 13 juga dilengkapi dengan ciri-ciri AI yang dikuasakan oleh OnePlus AI melalui OxygenOS 15.

Kepada yang berminat, OnePlus 13 kini boleh didapati untuk tempahan di semua Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, Pengedar Sah OPPO, Estore rasmi OPPO atau OnePlus di Lazada, Shopee dan TikTok Shop sehingga 10 Januari 2025.

Spesifikasi lengkap OnePlus 13:

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi OnePlus Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version