More

    OnePlus 13 dilancar dengan Snapdragon 8 Elite, bateri 6,000mAh bermula ~RM2,757

    OnePlus 13 telah dilancarkan dalam pasaran China dengan cipset Snapdragon 8 Elite baharu, bateri berkapasiti 6,000mAh dan penarafan perlindungan IP68/69 untuk air dan habuk. Telefon ini memperkenalkan skrin 2K Oriental generasi kedua, menampilkan paparan BOE X2 6.82 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz.

    Dengan kecerahan puncak 4500 nits, telefon ini turut memperkenalkan teknologi Sun Display untuk kecerahan bawah cahaya matahari serta teknologi Crystal Shield Super Ceramic Glass untuk ketahanan. Selain itu, paparan diperakui oleh DisplayMate dengan penarafan A++ dan menyokong ciri sentuhan lanjutan seperti Glove touch dan Rain touch.

    Menariknya, ia turut hadir dengan Enjin Tidal yang dibangunkan sendiri untuk meningkatkan pengalaman permainan. OnePlus menjanjikan 4 tahun penggunaan lancar dengan sistem ini. Sistem Penyejukan Tiangong Pro generasi kedua menampilkan penyelesaian penyejukan VC sebesar 9925mm².

    Bateri glasier berkapasiti 6,000mAh menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan wayarles 50W. OnePlus 13 hadir dalam tiga warna pilihan iaitu putih, biru dan hitam. Daripada segi kamera, peranti dilengkapi dengan sistem tri-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, ultra lebar 12MP dan sensor makro 2MP.

    Kamera swafoto pula menggunakan sensor 32MP. OnePlus 13 menampilkan kamera Hasselblad yang digandingkan bersama ciri AI berkaitan foto seperti AI De-glare yang mengurangkan pantulan kaca dalam kaca dalam foto. Peranti ini turut menyokong Snapless Snap yang sama seperti siri Find X8. Berikut adalah senarai harga untuk setiap varian:

    • 12GB + 256GB: 4,499 yuan (~RM2,757)
    • 12GB + 512GB: 4,899 yuan (~RM3,006)
    • 16GB + 512GB: 5,299 yuan (~RM3,251)
    • 24GB + 1TB: 5,999 yuan (~RM3,680)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 13 baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...