Site icon TechNave BM

OnePlus 9 RT mungkin akan dilancar pada 15 Oktober 2021

OnePlus telah dikhabarkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi varian dalam siri telefon andalan OnePlus 9 iaitu OnePlus 9 RT. Kini, tarikh pelancarannya telah tertiris dalam Twitter di mana seorang pengkhabar berita teknologi ternama, OnLeaks, menyatakan bahawa ia mungkin akan dilancar pada hari Jumaat, 15 Oktober 2021.

OnePlus masih belum berkongsi sebarang maklumat rasmi tentang OnePlus 9 RT. Sebelum ini, ia dikatakan bakal dilengkapi cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W. Ini bermaksud OnePlus 9 RT masih mampu menjana prestasi andalan (flagship) namun tidak setaraf dengan OnePlus 9 atau OnePlus 9 Pro.

Ia juga dilaporkan akan menjadi telefon pertama dengan perisian OxygenOS 12 berdasarkan Android 12. Daripada segi fotografi, kamera utamanya mungkin dilengkapi sensor Sony IMX766 50MP, berbeze dengan sensor dalam OnePlus 9 atau OnePlus 9 Pro.

Pada hari tersebut, OnePlus 9 RT dijangka akan dilancarkan bersama dua buah telefon OnePlus Nord yang baru. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti OnePlus baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version