More

    OnePlus 9RT bakal hadir dengan OxygenOS 12, bersama 2 telefon Nord

    Memandangkan OnePlus 9 tidak akan hadir dalam model ‘T’, sebuah laporan terbaru mengatakan bahawa model tersebut bakal digantikan dengan OnePlus 9RT. Menurut sumber, telefon OnePlus 9RT akan menggunakan sistem operasi yang baharu iaitu OxygenOS 12.

    Selepas melancarkan siri OnePlus 9 pada Mac lalu, kini syarikat itu sedang dalam usaha untuk mengemaskini model OnePlus 9R kepada OnePlus 9RT. Dikhabarkan bahawa OnePlus 9RT akan hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 870, kapasiti bateri 4,500mAh, pengecasan 65W dan OxygenOS 12.

    Sumber tersebut mengatakan bahawa ciri baharu yang hadir bersama OnePlus 9RT ialah kamera utama yang ditingkatkan daripada 48MP kepada 50MP dengan sensor IMX766. OnePlus 9RT dan dua buah OnePlus Nord dijangka dilancarkan Oktober ini untuk pasaran India dan China. Kami masih belum menerima maklumat rasmi mengenai ketersediaan telefon ini untuk pasaran Global.

    Adakah anda berminat dengan OnePlus 9RT atau OnePlus Nord? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured