Site icon TechNave BM

OnePlus 9R 5G disahkan oleh CEO, bakal dilengkapi fungsi khas untuk “gaming”

CEO OnePlus Pete Lau telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar di samping OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro pada 23 Mac iaitu OnePlus 9R. Dalam sebuah temubual dengan media India, beliau menyifatkan OnePlus 9R sebagai sebuah telefon bertaraf premium yang dijual pada harga mampu milik.

Selain itu, OnePlus 9R juga akan difokuskan kepada gaming, sesuatu yang jarang ditekankan dalam pengiklanan OnePlus sebelum ini. Dalam sebuah gambar yang dikongsi oleh OnePlus India, ia menunjukkan bayangan sebuah telefon OnePlus 9R yang mempunyai butang sentuh di bahagian bucu.

Butang sentuh pada bucu telefon adalah ciri yang lazim terdapat dalam telefon gaming seperti ASUS ROG Phone 5 atau Lenovo Legion Phone Duel. Setakat ini masih tidak pasti jika butang bucu itu terdapat dalam semua varian untuk siri OnePlus 9.

Spesifikasi lain untuk OnePlus 9R juga masih tidak diketahui, namun kami menjangkakan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan OnePlus 9. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 9R dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: News 18

Exit mobile version