Anda mungkin pernah membaca mengenai OnePlus yang sedang merancang untuk melancarkan peranti kelas permulaan dengan harga berpatutan. Peranti yang didakwa bernama OnePlus Clover ini dilihat muncul di penanda aras Geekbench.
Sepintas lalu, OnePlus Clover dijangka hadir dengan Snapdragon 460, RAM 4GB + storan 64GB, skrin HD+ 6.52 inci, tiga kamera 13MP + 2MP, bateri 6000mAh dan cas pantas 18W. Ia mungkin dilengkapi bicu audio 3.5mm dan sensor cap jari di belakang peranti.
Kemunculan di Geekbench pula memperlihatkan markahnya yang dijana cipset dengan kelajuan 1.80GHz dan RAM 4GB. Anda boleh melihat markah single-core dan multi-core seperti di bawah.
Setakat ini, beberapa spesifikasi yang dinyatakan hanyalah spekulasi sahaja memandangkan ia hadir dari sumber tidak rasmi. Apakah pandangan anda mengenai peranti mampu milik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Baca berita lepas mengenai OnePlus atau OnePlus 8T dan Qualcomm akan perkenalkan sokongan 5G untuk siri cipset Snapdragon 400.

