More

    Qualcomm akan perkenalkan sokongan 5G untuk siri cipset Snapdragon 4-

    Qualcomm Technologies hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan sokongan 5G untuk cipset kelas permulaan, siri Snapdragon 4-. Dengan cipset ini, sokongan 5G tidak lagi dihadkan kepada telefon premium atau flagship sahaja.

    Setakat ini, sokongan 5G dalam cipset Qualcomm hanya terdapat dalam siri Snapdragon 8-, Snapdragon 7- dan Snapdragon 6-. Beberapa syarikat telefon pintar sudah pun menyatakan minat mereka terhadapt cipset Snapdragon 4- yang mempunyai kebolehan 5G seperti Motorola, OPPO dan Xiaomi.

    Siri Snapdragon 4- mungkin akan menyokong 5G sub-6, iaitu gelombang radio yang dipancarkan dengan frekuensi bawah 6GHz. Gelombang 5G ini membolehkan menara pemancar untuk memberi liputan yang lebih luas namun kelajuannya tidak setinggi gelombang Millimiter Wave (mmWave) yang dipancarkan pada frekuensi 24-39GHz.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon kelas permulaan yang dilengkapi cipset Snapdragon 4- 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured