Site icon TechNave BM

OnePlus mungkin akan lancarkan tablet pertama pada 7 Februari 2023

OnePlus bakal melancarkan siri telefon pintar andalan OnePlus 11 5G dalam sebuah acara besar yang akan berlangsung pada 7 Februari ini, di mana mereka akan melancarkan telefon itu untuk pasaran antarabangsa. Kini terdapat khabar mengatakan OnePlus akan turut melancarkan sebuah tablet pada hari tersebut.

Menurut pengkhabar berita teknologi Abhishek Yadav, OnePlus akan melancarkan tablet bersama OnePlus 11, OnePlus 11R, OnePlus Buds Pro 2 dan OnePlus 65″ TV. Jika benar, ia bakal menjadi tablet pertama yang ditawarkan oleh OnePlus.

Sebelum ini, OnePlus pernah mengacah gambar sebuah tablet sewaktu mengumumkan tarikh pelancaran OnePlus 11. Sungguh pun begitu, pada waktu ini masih tiada maklumat mengenai spesifikasi dan rekaannya.

Memandangkan OnePlus adalah sebuah syarikat yang berada bawah naungan OPPO, ia mungkin bakal mempunyai rekaan mirip OPPO Pad atau OPPO Pad Air.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet oleh OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version