More

    Siri OnePlus 11 akan dilancar pada 7 Februari 2023

    Baru-baru ini, OnePlus telah memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan rekaan OnePlus 11 secara ringkas. Kini syarikat teknologi China itu telah mengesahkan bahawa telefon OnePlus 11 akan dilancar pada 7 Februari 2023.

    Menurut laman web OnePlus Amerika Syarikat, OnePlus akan menganjurkan acara pelancaran Cloud 11: A OnePlus Launch Event pada 7 Februari 2023 jam 9:00 pagi EST (10:00 malam waktu Malaysia). Selain melancarkan telefon pintar, OnePlus akan turut melancarkan fon telinga wayarles OnePlus Buds Pro 2 dan sebuah lagi produk yang tidak dinamakan.

    Dalam laman web untuk acara tersebut, OnePlus menjemput para peminatnya untuk “menyaksikan bentuk kehebatan (witness the shape of power)” pada OnePlus 11, sambil mengesahkan beberapa fungsi telefon tersebut seperti kamera yang dilengkapi teknologi Hasselblad dan butang Alert Slider yang dikenali dalam telefon OnePlus sebelum ini.

    OnePlus 11 dijangka akan dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, pengecasan pantas 100W dan skrin AMOLED 120Hz.

    Untuk Buds Pro 2 pula, OnePlus sekadar berkongsi lakaran ringkas untuk fon telinga itu yang bakal mempunyai putik silikon dan membuatkannya nampak seperti Apple AirPods Pro. Selain itu, fon telinga wayarles ini juga dijangka akan dilengkapi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation).

    OnePlus juga mengacah sebuah lagi produk, namun kategorinya tidak dinyatakan secara jelas dan mereka sekadar berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan beberapa kotak dengan pelbagai saiz. Ini mungkin petunjuk kepada sebuah tablet oleh OnePlus, kerana rekaan kotak itu nampak mirip sebuah tablet dengan sempadan bezel tebal pada skrinnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk OnePlus baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...