Site icon TechNave BM

OnePlus Nord 3 5G bakal tampilkan kamera utama Sony IMX890 50MP

OnePlus sebelum ini mendedahkan reka bentuk telefon kelas pertengahannya yang akan datang iaitu OnePlus Nord 3 5G dalam warna Misty Green sebelum pelancaran. Kini, syarikat itu juga secara rasmi mengumumkan salah satu spesifikasi utama peranti iaitu kamera utamanya yang akan menggunakan sensor peringkat perdana.

Dalam kenyataan rasmi, OnePlus berkata bahawa Nord 3 5G akan menyampaikan pengalaman fotografi terbaik dengan kamera utama Sony IMX890 50MP. Ini adalah sensor yang sama digunakan dalam telefon andalan terbaharu OnePlus 11 yang mampu merakam foto dengan warna yang tepat melalui ujian kami di sini.

Tambahan, syarikat itu juga mengesahkan bahawa Nord 3 5G akan dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (OIS) yang sama dan algoritma fotografi proprietari yang terdapat pada OnePlus 11.

Selain itu, tiada butiran lain mengenai Nord 3 5G yang bakal dilancar dan perlu menunggu sehingga acara pelancaran pada 5 Julai ini untuk mengetahui spesifikasi penuh. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version