Site icon TechNave BM

OnePlus Nord CE 5G dilancar di Malaysia: Snapdragon 750G, AMOLED 90Hz, kamera 64MP bermula RM1,399

OnePlus Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OnePlus Nord CE 5G yang dilengkapi cipset Snapdragon 750G, skrin AMOLED 90Hz dan tiga kamera 64MP. Ia telah pun dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada minggu lepas.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord CE 5G:

Bagi memastikan telefon ini kekal relevan pada masa hadapan, OnePlus telah menjamin bahawa ia akan menerima kemas kini perisian (software updates) selama dua tahun dan kemas kini keselamatan (security updates) selama tiga tahun.

OnePlus Nord CE 5G akan ditawarkan dalam dua varian memori iaitu 8GB+128GB berharga RM1,399 dan 12GB+256GB berharga RM1,599. Pra-tempahan akan dibuka bermula hari Isnin, 21 Jun dan setiap pra-tempahan akan disertakan bersama topi Nord Cap percuma, manakala 150 pelanggan pertama akan menerima baucar OnePlus bernilai RM30 atau RM50.

Telefon ini akan mula dijual kepada pelanggan Malaysia bermula hari Sabtu, 26 Jun di Shopee dan pengedar OnePlus sah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version