Site icon TechNave BM

OnePlus Pad Go akan dilancar pada 6 Oktober 2023

OnePlus sedang bersiap sedia untuk pelancaran OnePlus Pad Go di India yang dijadualkan pada 6 Oktober 2023. Menjelang pelancaran, beberapa butiran tentang tablet telahpun mendedahkan paparan 11.35 inci dengan resolusi 2.4K dan nisbah aspek 7:5.

Selain itu, tablet ini akan dilengkapi dengan empat pembesar suara dan menawarkan sokongan audio Dolby Atmos. Daripada segi sambungan, OnePlus Pad Go dijangka menawarkan pilihan 4G LTE dan Wi-Fi. Ia juga dijangka menyertakan RAM sehingga 8GB dan storan 256GB dengan pengembangan storan sehingga 1TB.

Ia menggunakan sistem operasi Android 13 sambil disokong oleh cipset MediaTek Helio G99 (MT6789). Tablet ini dijangka membawa kamera hadapan dan belakang 8MP, bateri berkapasiti 8,000mAh dan port 2.0 USB-C.

Reka bentuk OnePlus Pad Go mungkin menyerupai OnePlus Pad yang dikeluarkan baru-baru ini menampilkan reka bentuk tepi melengkung dan reka bentuk kamera yang konsisten dengan pendahulunya. Tablet ini menggabungkan dua warna hijau yang dipanggil ‘Twin Mint’ dengan tekstur logam matte dan kemasan berkilat.

Pada masa ini, tiada maklumat mengenai harga dan spesifikasi OnePlus Pad Go. Walau bagaimanapun, terdapat laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mungkin tablet yang lebih mesra bajet berbanding OnePlus Pad.

Pad ini telahpun mempunyai halaman sendiri di Amazon India. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles / ITHome

Exit mobile version