Site icon TechNave BM

OnePlus sahkan nama telefon lipatnya ialah OnePlus Open

Pada awal tahun ini, OnePlus mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan telefon lipatnya yang pertama namun namanya tidak diumumkan pada waktu tersebut. Kini OnePlus mengesahkan bahawa nama telefon lipatnya yang pertama adalah OnePlus Open.

Nama “OnePlus Open” sebenarnya sudah dikhabarkan sejak beberapa minggu lepas, namun semalam OnePlus akhirnya telah mengesahkannya dalam Twitter. Apa yang menarik adalah pengesahan tersebut dibuat tidak lama sebelum Samsung melancarkan dua telefon lipatnya yang terbaru, Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5.

Sungguh pun begitu, tarikh pelancarannya masih belum diketahui. Pengkhabar berita teknologi Max Jambor berkata ia akan dilancarkan pada 29 Ogos 2023 dan memandangkan beliau sering memberikan maklumat yang tepat berkenaan OnePlus sebelum ini, 29 Ogos itu mungkin adalah tarikh pelancarannya nanti.

Untuk spesifikasi dan rekaan, ia mungkin sekadar OPPO Find N2 yang dijenamakan semula untuk OnePlus. Memandangkan OnePlus ialah jenama yang dimiliki OPPO, tidak hairan jika OnePlus mengambil tindakan sedemikian.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version