Site icon TechNave BM

OnePlus Watch 3 akan dilancar pada 18 Februari 2025

Selepas melancarkan telefon pintar flagship OnePlus 13 pada awal tahun, kini OnePlus akan melancarkan peranti kedua untuk tahun ini iaitu jam tangan pintar OnePlus Watch 3 pada 18 Februari 2025.

Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hijau dan hitam. OnePlus mengatakan satu ciri baharu adalah baterinya yang boleh bertahan sehingga lima hari dalam Smart Mode.

Daripada segi rekaan, ia mempunyai bahagian sisi titanium dan muka jam dengan kaca sapphire crystal, manakala rangkanya pula mungkin dibuat daripada besi tahan karat. Sebelum ini, OnePlus Watch 2 mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.43 inci, jadi ia mungkin mempunyai saiz yang serupa.

OnePlus masih belum umumkan sebarang maklumat lanjut mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version