Site icon TechNave BM

OPPO A77s kini sokong tambahan RAM maya sebanyak 8GB

OPPO Malaysia telah mengeluarkan kemas kini terbaharu untuk telefon pintar OPPO A77s, di mana RAM dalam telefon itu kini boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB.

Sebelum ini, OPPO A77s hanya menawarkan pembesaran RAM secara maya sebanyak 1GB, 3GB dan 5GB sahaja. Dengan kemas kini baharu ini, pengguna boleh membesarkannya sebanyak 8GB lagi, selagi telefon masih mempunyai storan yang cukup.

Pembesaran RAM secara maya ini adalah fungsi yang agak baru dalam telefon pintar kelas permulaan, di mana telefon akan menggunakan sebahagian daripada kapasiti storan untuk dijadikan RAM tambahan. Dengan fungsi ini, telefon boleh buka lebih banyak aplikasi serentak tanpa memperlahakan prestasi keseluruhan.

OPPO A77s telah dilancar di Malaysia pada awal bulan lalu, di mana ia dijual pada harga RM999 dan dilengkapi RAM 8GB. Jika ia dibesarkan dengan RAM maya, ia boleh meningkatkan jumlah RAM keseluruhan kepada 16GB iaitu sangat besar untuk telefon kategori ini.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A77s dan jangan lupa untuk baca ulasan kami mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A77s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version