Site icon TechNave BM

OPPO akan lancarkan F17 Pro edisi khas sempena Hari Deepavali

OPPO telah melancarkan siri telefon pintar OPPO F17 di India pada awal bulan September dan kini syarikat itu akan melancarkan telefon tersebut dalam edisi khas sempena Hari Deepavali yang akan dianjurkan pada bulan November. OPPO India telah memuat naik gambar telefon tersebut di Twitter, di mana ia mempunyai warna emas Matte Gold yang sepadan dengan sambutan Deepavali.

Sementara itu, laman web rasmi OPPO India juga menunjukkan permukaan belakang telefon itu dengan lebih jelas, di mana ia tidak mempunyai jalur seperti dalam edisi biasa. Ia juga mempunyai corak warna berubah daripada emas di bahagian atas kepada biru di bahagian bawah.

OPPO F17 Pro dilengkapi skrin Super AMOLED 6.43 inci Full HD+, cipset Helio P95, empat kamera, pengecasan 30W dan bateri 4,000mAh. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan edisi Deepavali ini di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook kami jika anda berminat dengan peranti khas sempena Hari Deepavali dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version