Site icon TechNave BM

OPPO dikhabarkan akan masuki pasaran tablet tidak lama lagi

Pada masa kini, banyak syarikat teknologi dari China mula untuk menghasilkan tablet mereka. realme dikhabarkan akan melancarkan realme Pad, manakala Xiaomi dijangka akan melancarkan Mi Pad 5 secara global tidak lama lagi. Kini, OPPO pula dikatakan bakal perkenalkan tablet mereka dalam masa yang terdekat.

Mengikut sumber di Weibo, OPPO bakal melancarkan sebuah tablet yang menyerupai HUAWEI MatePad Pro. Ia dikhabarkan akan menggunakan skrin 12.6 inci dengan kedudukan kamera hadapan yang serupa.

Tablet dari OPPO ini bakal menggunakan antara muka ColorOS khas untuk tablet yang hadir dengan dock bar dan widget. Ia juga dikatakan akan menyokong ciri kesinambungan dengan telefon pintar, jam tangan dan fon telinga OPPO untuk integrasi yang lancar.

Adakah anda berminat dengan tablet OPPO ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version