More

    Xiaomi umum acara pelancaran global pada 15 September ini, mungkin lancar Mi 11T dan Mi Pad 5

    Semalam, Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran produk pada 15 September ini. Namun begitu, syarikat itu tidak menyatakan sebarang butiran mengenai peranti yang akan dilancarkan. Mengikut sumber dalam talian, mereka dijangka akan melancarkan telefon pintar siri Mi 11T dan juga tablet siri Mi Pad 5 secara global.

    Di halaman Twitter rasmi Xiaomi, mereka telah memuat naik sebuah poster yang menunjukkan tarikh acara pelancaran. Pada catatan itu, mereka memberitahu bahawa acara ini akan menjadi momen yang penting untuk semua pengguna. Melihat kepada laporan mengenai Mi 11T dan Mi Pad 5 yang telah muncul dalam talian, ia berkemungkinan besar akan dilancarkan di acara tersebut.

    Sebelum ini, Mi Pad 5 sudah dilancarkan di pasaran China dengan skrin 120Hz 11 inci, cipset Snapdragon 870 dan bateri 8,720mAh. Ia juga menyokong Dolby Atmos, Dolby Vision, HDR10, jaringan 5G dan pengecasan pantas 67W.

    Lihat artikel ini untuk butiran lanjut mengenai Xiaomi Mi Pad 5.

    Apa pun, butiran mengenai peranti yang bakal dilancarkan bukanlah dari sumber yang rasmi. Nantikan butiran lanjut mengenai acara pelancaran Xiaomi ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured