Site icon TechNave BM

OPPO Find N habis dijual di China, nilai jualan semula mencapai ~RM7,941

Pada minggu lepas, OPPO Find N dilancarkan sewaktu acara OPPO Inno Day 2021 di China menampilkan saiz skrin AMOLED 120Hz dengan nisbah aspek 18:9 untuk skrin hadapan dan 8.4:9 untuk skrin utama. Ia dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan telah habis dijual. Laporan dari China mengatakan bahawa harga jualan semula di pasaran barang terpakai telah mencapai $1880 (~RM7,941).

Telefon lipat OPPO ini mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch hole di skrin hadapan (atas tengah) dan skrin utama (atas kiri). Bahagian engsel telefon mempunyai mod FlexForm yang boleh dilipat separa di antara 50 hingga 120 darjah menjaminkan lipatan sekurang-kurangnya sebanyak 200,000 kali. Ia menghasilkan lipatan berbentuk titisan air dan kesan lipatannya tidak kelihatan dengan jelas seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini.

OPPO Find N dengan varian RAM 8GB dan storan 256GB boleh didapati di pasaran barang terpakai pada harga CNY9,299 (~RM6,160) manakala varian RAM 12GB dan storan 512GB telah mencapai CNY 12,000 (~RM7,949). Jika dilihat balik, OPPO menjual model standard pada harga CNY 7,699 (~RM5,100) manakala versi lagi satunya berharga CNY 8,999 (~RM5,961)

Jualan rasmi akan bermula di China pada Khamis depan, 23 Disember. OPPO juga telah mengesahkan bahawa peranti itu akan kekal eksklusif di China. Mari kita lihat semula spesifikasi OPPO Find N di bawah:

Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version