More

    OPPO Find N habis dijual di China, nilai jualan semula mencapai ~RM7,941

    Pada minggu lepas, OPPO Find N dilancarkan sewaktu acara OPPO Inno Day 2021 di China menampilkan saiz skrin AMOLED 120Hz dengan nisbah aspek 18:9 untuk skrin hadapan dan 8.4:9 untuk skrin utama. Ia dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan telah habis dijual. Laporan dari China mengatakan bahawa harga jualan semula di pasaran barang terpakai telah mencapai $1880 (~RM7,941).

    Telefon lipat OPPO ini mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch hole di skrin hadapan (atas tengah) dan skrin utama (atas kiri). Bahagian engsel telefon mempunyai mod FlexForm yang boleh dilipat separa di antara 50 hingga 120 darjah menjaminkan lipatan sekurang-kurangnya sebanyak 200,000 kali. Ia menghasilkan lipatan berbentuk titisan air dan kesan lipatannya tidak kelihatan dengan jelas seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini.

    OPPO Find N dengan varian RAM 8GB dan storan 256GB boleh didapati di pasaran barang terpakai pada harga CNY9,299 (~RM6,160) manakala varian RAM 12GB dan storan 512GB telah mencapai CNY 12,000 (~RM7,949). Jika dilihat balik, OPPO menjual model standard pada harga CNY 7,699 (~RM5,100) manakala versi lagi satunya berharga CNY 8,999 (~RM5,961). 

    Jualan rasmi akan bermula di China pada Khamis depan, 23 Disember. OPPO juga telah mengesahkan bahawa peranti itu akan kekal eksklusif di China. Mari kita lihat semula spesifikasi OPPO Find N di bawah:

    • Kadar penyegaran semula: Adaptif WUSXGA 1-120Hz (7.1 inci) dan 60Hz (standard)
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 888
    • Hadir dalam varian RAM 8GB + storan 256GB dan RAM 12GB + storan 512GB
    • Menggunakan Android 11 dan ColorOS 12
    • Kamera belakang: 50 MP (utama) + 13 MP (telefoto ) + 16 MP (ultralebar). 
    • Kamera hadapan 32 MP
    • Mempunyai pengimbas cap jari di sisi
    • port USB C
    • Pembesar suara stereo
    • Wi-Fi 6
    • Bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan SuperVOOC 33W dan AirVOOC 15W
    • Warna hitam, putih dan ungu

    Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured