Site icon TechNave BM

OPPO Find N2 Flip jadi telefon lipat paling laris di Malaysia pada 3 Mac 2023

Sejak OPPO melancarkan telefon pintar lipat pertamanya di Malaysia, OPPO Find N2 Flip, pada awal bulan ini, ia telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelanggan dan kini ia merupakan antara telefon lipat yang paling laris dalam pasaran tempatan.

OPPO Malaysia mengatakan OPPO Find N2 Flip adalah telefon pintar boleh lipat yang paling laris dalam platform e-dagang Shopee dan Lazada sewaktu kempen jualan 3.3 pada 3 Mac lalu. Beberapa ciri unik pada telefon ini seperti skrin luaran yang besar, garis lipatan yang tidak jelas pada skrin utama, bateri tahan lama dan pengecasan pantas SUPERVOOC membuatkan kebanyakan pelanggan memilih Find N2 Flip daripada telefon lain.

Buat mereka yang terlepas promosi 3.3, Find N2 Flip kini boleh dibeli pada harga pasaran RM3,999 dan pelanggan akan turut menerima hadiah percuma iaitu fon telinga wayarles OPPO Enco Air3 (bernilai RM249) dan waranti lanjutan selama setahun (bernilai RM259).

Jika anda berminat untuk membeli telefon ini, jangan lupa untuk baca dulu ulasan kami untuk mengetahui sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Find N2 Flip.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version