Site icon TechNave BM

OPPO Find N3 dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 7.8″, kadar 120Hz, tri-kamera Hasselblad bermula RM7,999

Pada hari ini, OPPO Malaysia melancarkan telefon lipat OPPO Find N3 yang menampilkan skrin besar berukuran 7.8 inci yang boleh dilipat bagi mengurangkan saiz keseluruhannya. Ini merupakan telefon Find N pertama yang dilancar di Malaysia, kerana sebelum ini Find N asal dan Find N2 hanya dijual di China.

Telefon ini mempunyai skrin utama AMOLED berukuran 7.8 inci yang mempunyai resolusi 2240 x 2268, panel LTPO untuk menghasilkan kadar segar semula 1-120Hz, pemalapan PWM 1,440Hz dan boleh menghasilkan kecerahan puncak sehingga 2,800 nits.

Di hadapan pula, ia mempunyai skrin luaran AMOLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 2484 x 1116, pemalapan PWM 1,440Hz, kadar segar semula 1-120Hz dan kecerahan puncak sehingga 2,800 nits. Skrin luaran ini mempunyai nisbah aspek yang menyerupai telefon biasa dan tidak lonjong seperti Samsung Galaxy Z Fold5.

Untuk engselnya, OPPO mengatakan Flexion Hinge kali ini mempunyai rating kalis air IPX4 dan boleh bertahan sehingga 1 juta lipatan. Telefon ini mempunyai ketebalan 5.8mm sahaja apabila skrinnya dibuka, dan 11.7mm apabila skrinnya dilipat.

Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam Classic Black dan emas Champagne Gold. Warna hitam akan mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit, manakala warna emas mempunyai permukaan kaca berkilauan.

Telefon ini juga merupakan telefon lipat pertama yang menampilkan sistem tri-kamera Hasselblad, dengan sensor Sony 48MP LYTIA-T808 untuk kamera utama, sensor Sony IMX581 48MP untuk kamera ultra-lebar dan sensor 64MP untuk kamera telefoto.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Find N3:

Pra-tempahan untuk OPPO Find N3 akan dibuka bermula hari ini sehingga 27 Oktober 2023. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find N3. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version