More

    OPPO Find N3 dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 7.8″, kadar 120Hz, tri-kamera Hasselblad bermula RM7,999

    Pada hari ini, OPPO Malaysia melancarkan telefon lipat OPPO Find N3 yang menampilkan skrin besar berukuran 7.8 inci yang boleh dilipat bagi mengurangkan saiz keseluruhannya. Ini merupakan telefon Find N pertama yang dilancar di Malaysia, kerana sebelum ini Find N asal dan Find N2 hanya dijual di China.

    Telefon ini mempunyai skrin utama AMOLED berukuran 7.8 inci yang mempunyai resolusi 2240 x 2268, panel LTPO untuk menghasilkan kadar segar semula 1-120Hz, pemalapan PWM 1,440Hz dan boleh menghasilkan kecerahan puncak sehingga 2,800 nits.

    Di hadapan pula, ia mempunyai skrin luaran AMOLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 2484 x 1116, pemalapan PWM 1,440Hz, kadar segar semula 1-120Hz dan kecerahan puncak sehingga 2,800 nits. Skrin luaran ini mempunyai nisbah aspek yang menyerupai telefon biasa dan tidak lonjong seperti Samsung Galaxy Z Fold5.

    Untuk engselnya, OPPO mengatakan Flexion Hinge kali ini mempunyai rating kalis air IPX4 dan boleh bertahan sehingga 1 juta lipatan. Telefon ini mempunyai ketebalan 5.8mm sahaja apabila skrinnya dibuka, dan 11.7mm apabila skrinnya dilipat.

    Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam Classic Black dan emas Champagne Gold. Warna hitam akan mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit, manakala warna emas mempunyai permukaan kaca berkilauan.

    Telefon ini juga merupakan telefon lipat pertama yang menampilkan sistem tri-kamera Hasselblad, dengan sensor Sony 48MP LYTIA-T808 untuk kamera utama, sensor Sony IMX581 48MP untuk kamera ultra-lebar dan sensor 64MP untuk kamera telefoto.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Find N3:

    • Skrin utama AMOLED 7.8 inci, resolusi 2240x 2268, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 2,800 nits, menyokong kandungan Dolby Vision dan HDR10+
    • Skrin hadapan AMOLED 6.3 inci, resolusi 2484 x 1116, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 2,800 nits, menyokong kandungan Dolby Vision dan HDR10+
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 48MP + kamera telefoto 64MP
    • Kamera swafoto 20MP (skrin utama), kamera swafoto 32MP (skrin luaran)
    • Bateri 4,800mAh
    • Pengecasan pantas SUPERVOOC 67W
    • Sistem operasi Android 13 dengan UI ColorOS 13.2
    • Pilihan warna Classic Black dan Champagne Gold
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Dwi-kad SIM, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6
    • Harga RM7,999

    Pra-tempahan untuk OPPO Find N3 akan dibuka bermula hari ini sehingga 27 Oktober 2023. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find N3. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured