OPPO menjadi syarikat pertama yang mengesahkan akan menggunakan cipset Dimensity 9400 dalam barisan peranti perdananya. Barisan Find X8 akan menggunakan cipset Mediatek terbaharu ini dan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 24 Oktober 2024.
Siri ini juga akan membawakan ColorOS 15 iaitu antara muka pengguna berasaskan Android 15 OPPO. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Mediatek melancarkan Dimensity 9400 secara rasmi. OPPO tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut tentang barisan Find X8 tetapi kami menjangkakan tiga telefon bakal dilancar iaitu standard, Pro dan Ultra.
Dua yang pertama mungkin akan dikuasakan oleh cip baharu manakala Ultra mungkin mempunyai Snapdragon 8 Gen 4. Pengumuman ColorOS 15 menjanjikan antara muka tiga lapisan yang menjadikan telefon lebih cekap, lancar dan berprestasi.
Sama-sama nantikan kemunculan Find X8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo

