More

    Imej OPPO Find X8 tertiris, dedahkan “Dynamic Island” tersendiri

    OPPO Find X8 dijangka dilancarkan pada Oktober kelak dan hari ini, beberapa imej langsung tertiris. Imej tersebut menunjukkan prototaip peranti OPPO dan sedikit mengenai skrinnya. Seperti yang anda boleh lihat, Find X8 menggunakan sarung besar untuk menutup bentuk peranti kerana ia merupakan peranti yang belum dikeluarkan.

    Dalam imej paling kanan, kita boleh lihat Dynamic Island terbaharu daripada OPPO yang digunakan pada peranti ini. Find X8 juga telah dikhabarkan akan ‘meminjam’ Kawalan Kamera sama seperti pada siri iPhone 16.

    Find X8 akan mempunyai skrin rata 6.5 inci hingga 6.7 inci dengan resolusi 1256×2760 menurut khabar angin sebelum ini. Ia akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9400. Kamera utama akan menggunakan sensor 50MP, ultralebar 50MP dan kamera zum periskop 3x.

    Telefon ini akan ditawarkan dalam warna hitam, putih, biru dan merah jambu. Ia akan mempunyai bateri berkapasiti 5,600 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 100W. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...