Site icon TechNave BM

OPPO mungkin lancarkan varian baharu siri Find X5, dijangka miliki cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1

Barisan OPPO Find X5 membawa varian Find X5, Find X5 Lite, dan Find X5 Pro 5G. Tetapi, hanya varian Find X5 Pro 5G sahaja tiba ke pasaran Malaysia pada Mei 2022. Menurut sumber, OPPO akan melancarkan varian baharu siri OPPO Find X5 pada penggal kedua tahun ini.

Pemberi maklumat tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai varian baharu untuk siri Find X5. Namun, terdapat jangkaan ia akan membawa cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1 dan cip MariSilicon X yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tersebut. Sebelum ini, semua varian Find X5 sedia ada menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, pemberi maklumat menjangka bahawa OPPO sedang membangunkan telefon lipat sebagai pengganti OPPO Find N. OPPO juga telah melancarkan siri telefon pintar OPPO Reno 8 di China dan mungkin membawanya ke pasaran global pada bulan ini. 

Bagi varian baharu siri OPPO Find X5, kami menjangkakan sambutan hangat seperti Find X3. Kami masih menunggu butiran selanjutnya untuk dikongsikan kepada anda. Sementara itu, berikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version