Site icon TechNave BM

OPPO Reno11 F rasmi dengan Dimensity 7050, kamera 64MP dan skrin 120Hz berharga ~RM1,464

OPPO secara rasmi telah melancarkan peranti terbaharu dalam siri Reno11 iaitu Reno11 F. Ia merupakan versi yang lebih murah dan berkongsi banyak persamaan dengan model standard dalam siri Reno11. Perbezaan terbesar ialah reka bentuk dan kamera.

Reno11 F memaparkan paparan OLED 1080p 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak 1,100 nits dan kaca Panda untuk perlindungan. Sama seperti Reno11 versi Malaysia, model F menggunakan cipset MediaTek Dimensity 7050 tetapi ia hanya mendapat RAM 8GB dan storan 256GB storan.

Untuk fotografi, telefon ini mempunyai kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP manakala potongan lubang tebuk pada paparan menempatkan kamera swafoto 32MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 67W. Reno11 F boleh didapati dalam tiga pilihan warna dan dijual pada harga THB10,990 (~RM1,464) di Thailand.

Tidak diketahui bila tepatnya telefon itu akan datang ke Malaysia, tetapi kami boleh menjangkakan pelancaran tempatan akan berlaku tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO Thailand

Exit mobile version