fbpx
More

    Siri OPPO Reno11 5G dilancar di Malaysia: Ultra-Clear Portrait Camera, Dimensity 8200, cas pantas 80W bermula RM1,899

    Pada hari ini, OPPO telah melancarkan siri telefon pintarnya yang pertama untuk 2024 iaitu OPPO Reno11 5G dan OPPO Reno11 Pro 5G. Seperti telefon siri Reno pada tahun-tahun sebelum ini, siri Reno11 mengetengahkan fungsi fotografi mod potret yang sangat cantik untuk para pengguna.

    Ia dilengkapi sistem fotografi Ultra-Clear Portrait Camera System yang terdiri daripada kamera utama 50MP (dengan sensor Sony IMX890 pada Reno11 Pro atau sensor Sony LYT600 pada Reno11), kamera telefoto 2x 32MP dengan sensor Sony IMX709 dan kamera ultra-lebar 8MP.

    Kameranya mempunyai Portrait Expert Engine yang boleh mengambil gambar mod potret yang jelas dalam zum 1x atau zum 2x. Ia akan memproses gambar potret dalam empat tahap iaitu:

    • Facial Recognition + Subject/Scene Separation
    • Skin Colour and Facial Feature Protection
    • Upgraded Clarity, Stereoscopic Light and Shade Effects
    • Background Optimisation + Subject/Scene Fusion

    Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX709 untuk kualiti potret yang setaraf dengan kamera di belakang. Ia turut mempunyai pemprosesan AI Portrait Retouching untuk melaraskan unsur-unsur seperti bayang, warna bibir dan struktur muka untuk menghasilkan gambar potret terbaik.

    Kameranya juga boleh merakam dalam resolusi 4K pada kamera utama dan kamera hadapan, serta menyokong fungsi penstabilan imej optikal (OIS).

    Selain kamera, siri Reno11 juga didatangkan dengan sistem antara muka (UI) baharu OPPO iaitu ColorOS 14 berdasarkan Android 14. Ia menawarkan pelbagai fungsi baharu seperti File Dock yang menawarkan folder lutsinar, Smart Touch yang boleh menyalin imej dan teks daripada tangkapan skrin (screenshot) dan Smart Image Matting yang boleh memotong subjek dalam gambar atau video.

    Untuk menghasilkan pengalaman penggunaan yang lancar, ia mempunyai Trinity Engine yang terdiri daripada ROM Vitalisation untuk membuang fail yang tidak diguna, RAM Vitalisation untuk membenarkan penggunaan sehingga 28 aplikasi serentak dan CPU Vitalisation untuk menyesuaikan telefon dengan amalan penggunaan harian untuk pengalaman lebih lancar dan bateri yang lebih lama.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri OPPO Reno11:

    OPPO Reno11 5G

    • Skrin OLED 6.7 inci, resolusi Full HD+ (2412×1080), kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 800 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 7050
    • RAM LPDDR4x 12GB
    • Storan UFS2.2 256GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telefoto 32MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas SUPERVOOC 67W
    • Sistem operasi Android 14 dengan ColorOS 14.0
    • Port USB-C
    • Pilihan warna Wave Green dan Rock Grey
    • Ukuran: 162.4 x 74.3 x 7.99mm | Berat: 182 gram
    • Harga: RM1,899

    OPPO Reno11 Pro 5G

    • Skrin OLED melengkung (curved) 6.7 inci, resolusi Full HD+ (2412×1080), kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 950 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 8200
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS3.1 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telefoto 32MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,600mAh
    • Pengecasan pantas SUPERVOOC 80W
    • Sistem operasi Android 14 dengan ColorOS 14.0
    • Port USB-C
    • Pilihan warna Pearl White dan Rock Grey
    • Ukuran: 162.4 x 74.1 x 7.59mm | Berat: 181 gram
    • Harga: RM2,499

    Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 25 Januari 2024 dan setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM476. Berikut adalah senarai hadiah yang akan diberikan:

    • OPPO Reno11 5G: OPPO Enco Buds2 (bernilai RM129), lanjutan waranti setahun (bernilai RM109) serta ganjaran bernilai RM189 daripada Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus Port Dickson
    • OPPO Reno11 Pro 5G: OPPO SUPERVOOC 80W Car Charger (bernilai RM178), lanjutan waranti setahun (bernilai RM109) serta ganjaran bernilai RM189 daripada Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus Port Dickson

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Reno11 dan Reno11 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Prestasi kamera telefoto, pemandangan malam vivo X100 Ultra meningkat dengan ketara

    Pengurus produk vivo, Han Boxiao menyiarkan hantaran di Weibo hari ini mencadangkan bahawa telefon pintar vivo generasi baharu iaitu vivo X100 Ultra...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X