Site icon TechNave BM

OPPO Reno4 F dilancar: Helio P95, skrin AMOLED, dua kamera swafoto berharga ~RM1,209

Sementara peranti kelas permulaan OPPO A15 dilancar di pasaran India, sebuah lagi peranti kelas pertengahan turut dilancar di pasaran Indonesia. OPPO Reno4 F kini dilancar, menambah kepada bilangan ahli keluarga siri Reno.

Antara spesifikasi menarik yang ditawarkan pada OPPO Reno4 F adalah janaan cipset MediaTek Helio P95, skrin jenis AMOLED, RAM 8GB dan dua kamera swafoto. Anda boleh melihat spesifikasi asas di bawah.

Setakat ini, OPPO Reno4 F hanya tersedia di pasaran Indonesia dengan harga 4,299,000 Rupiah (~RM1,209) bersama dua pilihan warna; Matte Black dan Metallic White.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat sama ada peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Adakah anda berminat dengan OPPO Reno4 F yang dikatakan lebih kurang sama dengan OPPO F17 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version