Site icon TechNave BM

OPPO Reno7 Pro dapat pengiktirafan 3C, kelajuan pengecasan disahkan

Siri Reno OPPO biasanya dikemas kini dua kali setahun dan ia sentiasa mempunyai ahli baharu dalam sirinya. Melalui khabar angin sebelum ini, siri OPPO Reno7 dijangka tiba antara November dan Disember. Pensijilan baharu diperoleh Reno7 Pro menguatkan lagi petanda bahawa ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pensijilan 3C yang diperoleh Reno7 Pro tidak mendedahkan banyak spesifikasinya dan hanya bahagian pengecasan sahaja dapat disahkan. Pengikirafan 3C tersebut mengesahkan bahawa ianya hadir dengan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa telefon ini akan dilengkapi cipset Dimensity 1200 walaupun versi global Reno6 Pro hadir dengan Snapdragon 870. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version