More

    OPPO Reno6 Pro 5G dilancar di Malaysia: Snapdragon 870, kamera AI Quad 50MP berharga RM2,999

    Hari ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan pelancaran OPPO Reno6 Pro 5G. Telefon ini terdapat tawaran eksklusif hanya di Lazada dengan harga RM2999. Pembeli yang membuat pra-tempahan di Lazada berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1099. Selain di Lazada, peminat OPPO juga boleh mendapatkan telefon ini di kedai rasmi OPPO di seluruh negara.

    OPPO Reno6 Pro 5G tersedia dalam dua warna iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey. Pra-tempahan bermula pada hari ini (17 Ogos) hingga 23 Ogos 2021. Sekiranya anda menjadi salah seorang pembeli terawal, anda akan membawa pulang hadiah percuma termasuk sepasang fon telinga wayarles Enco Air TWS yang baru dilancarkan, beg galas Marshall, 1TB Hey Tap Cloud Storage, perlindungan skrin satu tahun OPPO Care dan banyak lagi.

    Terdapat juga tawaran PWP (pembelian dengan pembelian) secara eksklusif di Lazada yang membolehkan pelanggan untuk membeli OPPO Enco Buds pada harga hanya RM1 sahaja dan OPPO Enco Air pada harga RM29. Selain itu, pengguna kad kredit Standard Chartered boleh mendapatkan potongan sehingga RM100.

    Selain pelancaran pra-tempahan, OPPO Malaysia juga menawarkan hadiah bertuah kepada sesiapa sahaja yang membeli produk OPPO di Lazada. Dalam cabutan bertuah kali ini, pembeli berpeluang untuk memenangi 7 produk Marshall (lihat produk di bawah). Setiap pembelian OPPO Reno6 Pro dalam tempoh pra-tempahan meningkatkan peluang anda untuk menang kerana dengan setiap pembelian, anda akan memperoleh lima tiket penyertaan untuk cabutan bertuah!

    • 1x Marshall Stanmore II worth RM1999 
    • 4x Marshall Emberton worth RM799 each 
    • 2x Marshall Crosstown backpack worth RM399 each

    Untuk spesifikasi luaran, Reno6 Pro dilengkapi dengan kamera AI Quad 50MP dan kamera swafoto 32MP. Terdapat beberapa penambahbaikan daripada segi perkakasan kamera yang meningkatkan kualiti foto seperti video Bokeh Flare Portrait, AI Highlight Video dan Focus Tracking. Varian pro mempunyai paparan melengkung 3D 6.5 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz, HDR10+ dan banyak lagi.

    Untuk spesifikasi teknologi dalaman pula, Reno6 Pro dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870 5G dan RAM 12GB dengan pengembangan RAM maya antara 3GB, 5GB dan 7GB. Kuasa bateri pula dibekalkan dengan 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang dapat mengecas sepenuhnya telefon dalam 31 minit. OPPO juga meningkatkan sistem penyejukan ruang wap ultra-besar.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...