Bagi menyambut pelancaran realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition untuk pasaran Malaysia baru-baru ini, realme akan mengadakan jerayawara van kombi (kombi van roadshows) di beberapa lokasi bazar Ramadhan dalam kawasan Lembah Klang.
Jerayawara realme Cruiser ini akan berlangsung sehingga 20 April 2023. Anda berpeluang untuk lihat sendiri keunikan peranti realme 10 Pro Coca-Cola, serta membeli minuman Coca-Cola untuk berbuka puasa.
Baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut mengenai peranti edisi khas ini. Ia merupakan peranti realme edisi khas pertama yang dijual di Malaysia dan hanya empat negara lain yang menerima telefon ini.
Selain itu, realme Malaysia juga sedang menganjurkan cabutan bertuah Jom Heboh Raya yang akan berlangsung sehingga 30 April, di mana anda berpeluang memenangi komputer realme Book dan banyak lagi hadiah bernilai RM70,000. Anda hanya perlu ikuti langkah di bawah:
Layari laman Facebook realme Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

