Site icon TechNave BM

Pandangan pertama Samsung Galaxy Tab S7 FE – Tablet 12.4 inci mampu milik untuk anda?

Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah menawarkan satu lagi produk dalam siri tablet Galaxy Tab iaitu Samsung Galaxy Tab S7 Fan Edition (FE) di mana ia menawarkan pelbagai spesifikasi menarik pada harga yang lebih murah berbanding Galaxy Tab S7 atau Galaxy Tab S7+.

Dengan harga RM1,899, ia masih mengekalkan saiz skrin 12.4 inci yang terdapat pada Galaxy Tab S7+. Di samping itu, Galaxy Tab S7 FE mempunyai ketebalan 6.3mm sahaja manakala beratnya pula adala 608 gram, agak ringan untuk tablet saiz ini.

Galaxy Tab S7 FE dengan skrin 12.4 inci
Stilus S Pen dan kamera utama 8MP

Turut disertakan bersama tablet ini adalah stilus S Pen yang boleh dilekatkan secara magnetik di belakangnya. Daripada segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Snapdragon 778G, RAM 4GB dan storan 64GB, menjadikannya sesuai untuk tugasan harian di kalangan guru, pensyarah dan pelajar. Malah, ia mungkin memadai untuk menggantikan komputer riba buat mereka yang bekerja dari rumah.

Selain itu, ia turut dilengkapi sepasang pembesar suara stereo, kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Baterinya mempunyai kapasiti 10,090mAh dan pengecasan pantas 45W, namun kami hanya akan mengetahui hayat baterinya dalam ulasan penuh nanti.

Penyambung untuk papan kekunci luaran

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version