Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan mendapatkan semula wang yang telah ditipu, seperti yang diiklankan dalam media sosial.
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Hasbullah Ali, PDRM mengesan sebuah iklan yang tular dalam Facebook, di mana ia mnenggunakan logo PDRM serta barisan teks “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.
Beliau mengingatkan bahawa PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut. Ia hanyalah perkhidmatan palsu yang ingin mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang mengalami kesusahan.
Kami berharap orang ramai akan kekal berwaspada dengan pelbagai taktik scam yang semakin berubah-ubah. Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

