More

    Ini semua yang anda perlu tahu untuk elak jadi manga “scam” di Malaysia!

    Saban hari, ada sahaja laporan berita tentang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penipuan atas talian, lebih dikenali sebagai online scam. Tahun ini sahaja, jumlah kerugian yang disebabkan oleh scam telah mencapai berbilion Ringgit, dan kini dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih, scammer mempunyai lebih banyak kaedah untuk menyeleweng mangsa yang tidak peka dengan situasi terkini.

    Sebaik sahaja seseorang itu menjadi mangsa scam dan kehilangan sejumlah wang, ia amat sukar didapatkan semula (ada kes terpencil yang berjaya mendapatkan wang semula, namun ia sangat jarang berlaku). Jauh lebih elok jika kita mengamalkan langkah-langkah proaktif, sentiasa peka dengan kaedah scam terkini dan elakkan diri daripada menjadi mangsa scam.

    Pada pendapat kami, pengetahuan tentang modus operandi scam terkini adalah senjata yang sangat efektif dalam mencegah scam. Jadi dalam artikel yang dikarang oleh penulis TechNave Bahasa Inggeris ini, kami menyenaraikan tiga kaedah scam yang paling selalu ditemui dalam Malaysia. Selain itu, terdapat pelbagai lagi sumber dalam talian seperti Senarai Amaran Pengguna Kewangan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Scam paling kerap di Malaysia

    1. Phishing (APK/TAC)

    Kaedah scam ini menyuruh anda memuat turun sesuatu fail ke dalam telefon supaya scammer boleh mengakses telefon dan akaun bank anda. Apabila anda membenarkan fail .APK daripada sumber yang tidak diketahui untuk dipasang dalam telefon, ia boleh menggodam telefon anda dan mendapatkan akses kepada aplikasi perbankan.

    Selain itu, anda boleh menerima mesej rawak yang kononnya mereka “tersilap” menghantar nombor TAC dan mereka inginkan akses kepada akaun bank anda.

    1. Panggilan telefon

    Jika anda mendapat panggilan telefon mengenai penghantaran pakej yang tersangkut atau pembayaran cukai/denda Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tertunggak, besar kemungkinan ia datang daripada scammer yang inginkan maklumat anda.

    Satu lagi kaedah adalah scammer akan menawarkan pinjaman wang tanpa memerlukan penjamin, anda hanya perlu berikan yuran kecil untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Besar kemungkinan, ini hanyalah satu scam.

    1. Pelaburan

    Selalunya peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tinggi dalam masa yang singkat adalah scam. Sebagai contoh, anda kononnya boleh mendapatkan pulangan RM10,000 dengan hanya melaburkan RM100.

    "
    "

    Anda akan selalu menemui peluang pelaburan palsu ini dalam media sosial atau mesej SMS. Jika anda mendapati pulangannya nampak seperti terlalu lumayan, besar kemungkinan itu hanyalah scam.

    Apa yang anda perlu lakukan?

    Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil jika anda mendapati anda sedang berurusan dengan scammer:

    • Ambil nafas dalam-dalam, kekal tenang.
    • Nilai atau baca semula panggilan telefon atau mesej yang diterima.
    • Jika ia merupakan sebuah fail .APK, jangan pasang atau tekan pautan tersebut
    • Jika mereka memerlukan anda untuk melakukan tindakan segera, anda boleh minta masa tambahan dan butiran lanjut supaya anda boleh “menghubungi” mereka pada waktu lain
    • Semak semula dengan sumber rasmi dan bukannya nombor telefon yang diberikan oleh mereka

    Sumber anti-scam rasmi

    Kerajaan dan institusi perbankan Malaysia telah menyediakan beberapa kemudahan dan panduan untuk bantu anda lindungi diri daripada menjadi mangsa scam:

    • Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC): Anda boleh hubungi 997 untuk melaporkan scam pada bila-bila masa
    • Senarai Amaran BNM: Sebuah senarai yang kerap dikemas kini oleh BNM tentang syarikat-syarikat dan laman-laman web yang perlu dielakkan
    • E-buku PDRM bertajuk Trend Terkini Jenayah Komersil yang menyenaraikan kaedah-kaedah scam terkini
    • SemakMule: Jika anda menerima nombor akaun bank yang ragu-ragu, anda boleh semak nombor akaun tersebut dalama laman web SemakMule untuk pemeriksaan
    Gunakan sumber seperti Trend Terkini Jenayah Komersil dan SemakMule untuk elakkan diri daripada menjadi mangsa scam

    Sediakan payung sebelum hujan!

    Kaedah scam dalam Malaysia akan terus berubah dan berkembang mengikut teknologi semasa, namun anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dengan terus peka dan waspada terhadap scam terkini. Anda juga boleh didik ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan tentang pencegahan scam.

    Kami menasihati anda untuk sentiasa mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi dan jangan sesekali terpedaya dengan penipuan scam. Kongsi pendapat anda tentang panduan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...