Site icon TechNave BM

Pelan telko pascabayar mampu milik yang terbaik setakat Januari 2023

Memandangkan 5G menjadi menjadi satu kepentingan pada era digital, ramai orang kini  mempertimbangkan untuk menukar pelan mudah alih mereka. Oleh itu, kami akan jelaskan pelan pascabayar yang disyorkan untuk anda.

Sudah tentu, sebagai pengguna, kita pasti mencari tawaran terbaik. Di bawah adalah senarai tawaran pelan pascabayar mudah alih yang mungkin terbaik untuk anda pada tahun 2023.

Pilihan pascabayar terbaik di bawah RM60

Seperti yang anda ketahui, pelan pascabayar cenderung lebih mahal daripada prabayar mereka. Namun, terdapat beberapa pelan pascabayar yang bagus dengan harga berpatutan di bawah RM60/bulan. Dalam kategori ini, anda biasanya melihat pilihan yang lebih memfokuskan pada data yang banyak dengan bayaran yang berpatutan.

Sebagai contoh, pelan Digi Pascabayar 60 kini menyediakan data 40GB pada RM60/bulan. Pelan U Mobile U Postpaid 38 menawarkan hanya data 30GB dengan harga yang lebih murah iaitu RM38/bulan dan menyediakan akses kepada 5G. Untuk akses 5G, anda juga boleh mempertimbangkan Yes Infinite Basic (RM58/bulan) dan Unifi Ultimate Plan (RM59/bulan). Untuk ringkasan, lihat senarai di bawah.

Pilihan pascabayar terbaik di bawah RM100

Seterusnya adalah pada julat RM60 – 100 yang memberikan pilihan yang baik pilihan dengan beberapa ciri tambahan. Ini termasuk data tambahan untuk penstriman video, media sosial dan permainan awan (cloud). Sesetengah pelan tidak mempunyai ciri tambahan ini tetapi menawarkan banyak data untuk mengimbangi.

Jika anda peminat ciri-ciri tersebut, anda boleh pertimbangkan Maxis Postpaid 98 (RM98/bulan). Ia memberikan data 50GB, perlawanan bola sepak secara langsung melalui Sooka, akses Viu Premium dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih MEGA Lightning 80 (RM80/bulan) daripada Celcom untuk akses 1 bulan TVBAnywhere+ untuk tontonan drama TVB. Ia juga memberi anda kandungan VR dan Blacknut Cloud Gaming percuma selama 1 bulan.

Tetapi bagi mereka mahukan lebih banyak data, cadangan kami adalah pelan U Mobile U Postpaid 98 (RM98/bulan) menawarkan data 1000GB 4G/5G yang hebat, lebih daripada cukup untuk anda menikmati Netflix selama berjam-jam. Jika anda tidak memerlukan data sebanyak itu, Digi Postpaid 90 (RM75/bulan) boleh menjadi pilihan yang baik kerana ia mempunyai data 60GB dan 300 SMS secara percuma. Anda boleh menyemak cadangan kami dalam senarai di bawah.

Beberapa pelan yang dianyatakan di atas sedang menjalankan promosi, oleh itu, kadar atau ciri mungkin tidak sama dengan pelan asal. Jika anda berminat dengan apa yang ditawarkan tetapi memerlukan butiran lanjut, anda boleh layari laman web syarikat telekomunikasi berkenaan.

Dengan ini, pelan apakah menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version