More

    Pelan telko pascabayar mampu milik yang terbaik setakat Januari 2023

    Memandangkan 5G menjadi menjadi satu kepentingan pada era digital, ramai orang kini  mempertimbangkan untuk menukar pelan mudah alih mereka. Oleh itu, kami akan jelaskan pelan pascabayar yang disyorkan untuk anda.

    Sudah tentu, sebagai pengguna, kita pasti mencari tawaran terbaik. Di bawah adalah senarai tawaran pelan pascabayar mudah alih yang mungkin terbaik untuk anda pada tahun 2023.

    Pilihan pascabayar terbaik di bawah RM60

    Seperti yang anda ketahui, pelan pascabayar cenderung lebih mahal daripada prabayar mereka. Namun, terdapat beberapa pelan pascabayar yang bagus dengan harga berpatutan di bawah RM60/bulan. Dalam kategori ini, anda biasanya melihat pilihan yang lebih memfokuskan pada data yang banyak dengan bayaran yang berpatutan.

    Sebagai contoh, pelan Digi Pascabayar 60 kini menyediakan data 40GB pada RM60/bulan. Pelan U Mobile U Postpaid 38 menawarkan hanya data 30GB dengan harga yang lebih murah iaitu RM38/bulan dan menyediakan akses kepada 5G. Untuk akses 5G, anda juga boleh mempertimbangkan Yes Infinite Basic (RM58/bulan) dan Unifi Ultimate Plan (RM59/bulan). Untuk ringkasan, lihat senarai di bawah.

    • Digi Postpaid 60 (RM60/bulan) – Data 40GB 4G, panggilan tanpa had, RM0.10/SMS, kuota 10GB percuma selama 12 bulan, media sosial tanpa had, penstriman video tanpa had
    • U Mobile U Postpaid 38 (RM38/bulan) – Data 30GB 4G/5G, panggilan tanpa had
    • Yes Infinite Basic (RM58/bulan) – 4G/5G tanpa had, kelajuan tidak terhad, panggilan tanpa had, tempat liputan wayarles 10GB
    • Unifi Ultimate Plan (RM59/bulan) – Data 4G/5G tanpa had, panggilan tanpa had, SMS tanpa had, tempat liputan wayarles 10GB

    Pilihan pascabayar terbaik di bawah RM100

    Seterusnya adalah pada julat RM60 – 100 yang memberikan pilihan yang baik pilihan dengan beberapa ciri tambahan. Ini termasuk data tambahan untuk penstriman video, media sosial dan permainan awan (cloud). Sesetengah pelan tidak mempunyai ciri tambahan ini tetapi menawarkan banyak data untuk mengimbangi.

    Jika anda peminat ciri-ciri tersebut, anda boleh pertimbangkan Maxis Postpaid 98 (RM98/bulan). Ia memberikan data 50GB, perlawanan bola sepak secara langsung melalui Sooka, akses Viu Premium dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih MEGA Lightning 80 (RM80/bulan) daripada Celcom untuk akses 1 bulan TVBAnywhere+ untuk tontonan drama TVB. Ia juga memberi anda kandungan VR dan Blacknut Cloud Gaming percuma selama 1 bulan.

    Tetapi bagi mereka mahukan lebih banyak data, cadangan kami adalah pelan U Mobile U Postpaid 98 (RM98/bulan) menawarkan data 1000GB 4G/5G yang hebat, lebih daripada cukup untuk anda menikmati Netflix selama berjam-jam. Jika anda tidak memerlukan data sebanyak itu, Digi Postpaid 90 (RM75/bulan) boleh menjadi pilihan yang baik kerana ia mempunyai data 60GB dan 300 SMS secara percuma. Anda boleh menyemak cadangan kami dalam senarai di bawah.

    • Maxis Postpaid 98 (RM98/bulan) – Data 50GB berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had, SMS tanpa had, akses percuma ke Sooka, Viu Premium percuma, perayauan data tanpa had (RM3.30/hari)
    • Celcom MEGA Lightning 80  (RM80/bulan) – Data 50GB berkelajuan tinggi, 1x kandungan VR, Blacknut Cloud Gaming 1 bulan, TVBAnywhere+ 1 bulan, panggilan tanpa had, akses 5G percuma (masa terhad)
    • Digi Postpaid 90 (RM75/bulan) – Data 60GB berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had, 300 SMS percuma, peningkatan 5G tersedia, kuota 10GB percuma selama 12 bulan, rebat RM15 x 12 bulan (masa terhad)
    • U Mobile U Postpaid 68 (RM68/bulan) – Data 100GB berkelajuan tinggi (4G/5G), panggilan tanpa had, 15GB perayauan global, panggilan masuk percuma semasa di luar negara
    • U Mobile U Postpaid 98 (RM98/bulan) – Data 1000GB berkelajuan tinggi (4G/5G), panggilan tanpa had, 15GB perayauan global, panggilan masuk percuma semasa di luar negara

    Beberapa pelan yang dianyatakan di atas sedang menjalankan promosi, oleh itu, kadar atau ciri mungkin tidak sama dengan pelan asal. Jika anda berminat dengan apa yang ditawarkan tetapi memerlukan butiran lanjut, anda boleh layari laman web syarikat telekomunikasi berkenaan.

    "
    "

    Dengan ini, pelan apakah menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured