Site icon TechNave BM

Pelan pascabayar mudah alih terbaik untuk mereka yang ingin berjimat, setakat Julai 2023

Bulan Julai 2023 kini semakin menghampiri penamatnya dan pelbagai peranti telah dilancar sepanjang bulan ini, seperti siri telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5,telefon pintar kelas pertengahan HONOR 90 serta banyak lagi.

Jika anda telah membeli telefon baharu sepanjang bulan lalu, pasti anda ingin memadankannya dengan pelan telko yang sesuai. Jika anda tidak menukar telefon pun, mungkin anda ingin menukar kepada pelan telko yang lebih mampu milik. Tidak kisahlah apa kehendak anda, berikut adalah panduan untuk pelan telko pascabayar yang mesra bajet, setakat Julai 2023:

Pilihan pascabayar terbaik bawah RM60

Untuk kategori bawah RM60 sebulan, kami menambahkan dua lagi pilihan untuk senarai pada Julai 2023 iaitu Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid Infinite 55. Selain daripada itu, tidak banyak perubahan yang ditawarkan oleh pelan pascabayar sedia ada.

Jadi pelan manakah yang sesuai untuk anda? Digi Postpaid 40 menawarkan nilai yang bagus jika anda tidak memerlukan banyak data dan anda berada dalam kawasan liputan Digi. Namun anda perlu tahu bahawa kuota 20GB daripada jumlah 30GB itu adalah bonus untuk 12 bulan pertama, jadi anda perlu bayar lebih selepas tempoh 12 bulan itu tamat. Anda juga boleh dapatkan Unifi Uni5G Postpaid 65 jika anda tidak ingin diikat dengan kontrak.

Untuk mereka yang gemarkan data tanpa had, anda mungkin ingin pilih Digi Postpaid Infinite 55. Jika anda inginkan lebih banyak data dengan harga yang lebih murah, U Mobile U Postpaid 38 dan Yes Power 35 adalah pilihan yang sesuai.

Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid 60
Digi Postpaid Infinite 55 dan U Mobile U Postpaid 38
Unifi Uni5G Postpaid 65
Yes Power 35 dan Yes Infinite Basic

Pilihan pascabayar bawah RM100

Untuk kategori bawah RM100 pula, bulan Julai tidak menyaksikan sebarang perubahan yang ketara untuk pelan pascabayar sedia ada. Pada masa yang sama, kami juga tidak melihat sebarang promosi atau pelan baharu dalam masa tersebut. Memandangkan hal demikian, kami mengekalkan senarai yang telah diberikan pada bulan Jun lalu.

Pelan U Mobile U Postpaid 98 kekal sebagai pelan untuk mereka yang mengutamakan kuota data tinggi dengan kelajuan internet pantas, jadi anda boleh pilih pelan ini jika anda berada bawah liputan U Mobile. Sementara itu, Digi Postpaid 90 juga adalah pelan yang bagus kerana ia menawarkan nilai yang tinggi dengan promosi terkini, termasuklah data 100GB melalui naik taraf dalam aplikasinya.

Celcom MEGA Lightning 80 dan Celcom MEGA Unlimited 98
Digi Postpaid 90 dan Maxis Postpaid 98
U Mobile U Postpaid 98 dan Unifi Uni5G Postpaid 89
Yes Infinite Standard

Tiada yang menarik pada bulan ini, namun kami menjangkakan pelbagai promosi sempena Hari Merdeka pada bulan Ogos hadapan. Buat masa ini, anda boleh lihat senarai prabayar terbaik untuk Julai 2023.

Beritahu kami di Facebook jika senarai ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Diterjemahkan daripada TechNave]

Exit mobile version