Site icon TechNave BM

Pelancaran Redmi K30i: Snapdragon 765G, paparan 120Hz, bateri 4,500mAh bermula ~RM1,100

Redmi telah melancarkan telefon pintar Redmi K30i di China pada minggu lepas tanpa sebarang majlis besar atau pelancaran dalam talian. Walaupun begitu, ini tidak bermakna telefon tersebut tidak dilengkapi spesifikasi yang bagus dengan tanda harganya.

Daya penarik telefon ini tentunya pada skrin LCD Full HD+ berukuran 6.67 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia turut dilengkapi cipset Snapdragon 765G, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya juga agak besar dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas 30W.

Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar dengan penglihatan seluas 120 darjah, kamera makro 2cm dan sensor kedalaman. Di samping itu, K30i juga mempunyai GPS dwi-frekuensi, NFC pelbagai fungsi, pemancar infra-merah dan bicu audio 3.5mm.

Ia mula dijual di China pada minggu ini dengan harga CN¥1,799 (~RM 1,095). Masih tiada maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version