More

    Pelancaran Redmi K30i: Snapdragon 765G, paparan 120Hz, bateri 4,500mAh bermula ~RM1,100

    Redmi telah melancarkan telefon pintar Redmi K30i di China pada minggu lepas tanpa sebarang majlis besar atau pelancaran dalam talian. Walaupun begitu, ini tidak bermakna telefon tersebut tidak dilengkapi spesifikasi yang bagus dengan tanda harganya.

    Daya penarik telefon ini tentunya pada skrin LCD Full HD+ berukuran 6.67 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia turut dilengkapi cipset Snapdragon 765G, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya juga agak besar dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas 30W.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar dengan penglihatan seluas 120 darjah, kamera makro 2cm dan sensor kedalaman. Di samping itu, K30i juga mempunyai GPS dwi-frekuensi, NFC pelbagai fungsi, pemancar infra-merah dan bicu audio 3.5mm.

    Ia mula dijual di China pada minggu ini dengan harga CNÂ¥1,799 (~RM 1,095). Masih tiada maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured