Site icon TechNave BM

Pelancaran siri Samsung Galaxy S20 di Malaysia: Kamera 108MP, paparan 120Hz, Zum 100x dengan harga bermula pada RM3,599

Setelah pelancaran siri Samsung Galaxy S20 berlangsung, dengan pantasnya Samsung Malaysia juga telah melancarkan peranti yang dinanti-nantikan ini. Seperti yang kami telah maklumkan dalam artikel sebelum ini, anda boleh mendapatkan Galaxy S20 dengan harga RM3,599, Galaxy S20+ RM3,999 dan Galaxy S20 Ultra RM4,999. Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan pada 12 hingga 26 Februari 2020 jika anda ingin dapatkan Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 secara percuma!

Sepintas lalu, siri Galaxy S20 hadir dengan paparan 120Hz Dynamic AMOLED, kamera bergred Pro dan sokongan pengecasan pantas Fast Wireless Charging 2.0. Anda boleh memilih ciri teknologi dan spesifikasi yang bersesuaian dengan kehendak anda. Hal ini kerana Samsung memberi pilihan untuk anda memilih sama ada Galaxy S20, S20+ atau S20 Ultra. Lihat spesifikasi ketiga-tiga peranti di bawah:

Samsung Galaxy S20 – RM3599

Samsung Galaxy S20 Plus – RM 3999

Samsung Galaxy S20 Ultra 5G – RM4999

Samsung Galaxy Buds Plus – RM

Jadi, yang mana satukah pilihan hati anda? Tepuk dada, tanya selera dan kongsikan komen anda di laman Facebook kami. Maklumat pra-tempahan boleh didapati di sini. Untuk berita teknologi dan pelancaran terkini, nantikan di TechNaveBM.com.

Exit mobile version