More

    Pelancaran siri Samsung Galaxy S20 di Malaysia: Kamera 108MP, paparan 120Hz, Zum 100x dengan harga bermula pada RM3,599

    Setelah pelancaran siri Samsung Galaxy S20 berlangsung, dengan pantasnya Samsung Malaysia juga telah melancarkan peranti yang dinanti-nantikan ini. Seperti yang kami telah maklumkan dalam artikel sebelum ini, anda boleh mendapatkan Galaxy S20 dengan harga RM3,599, Galaxy S20+ RM3,999 dan Galaxy S20 Ultra RM4,999. Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan pada 12 hingga 26 Februari 2020 jika anda ingin dapatkan Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 secara percuma!

    Sepintas lalu, siri Galaxy S20 hadir dengan paparan 120Hz Dynamic AMOLED, kamera bergred Pro dan sokongan pengecasan pantas Fast Wireless Charging 2.0. Anda boleh memilih ciri teknologi dan spesifikasi yang bersesuaian dengan kehendak anda. Hal ini kerana Samsung memberi pilihan untuk anda memilih sama ada Galaxy S20, S20+ atau S20 Ultra. Lihat spesifikasi ketiga-tiga peranti di bawah:

    Samsung Galaxy S20 – RM3599

    • Cipset Samsung Exynos 990
    • RAM 8GB, ROM 128GB (boleh ditambah sehingga 1TB)
    • Paparan 6.2 inci 120Hz dengan QHD+ Dynamic AMOLED 2X
    • Kamera belakang utama 12MP Ultra-Lebar + 12MP Sudut-Lebar + 64MP Telefoto, kamera selfie hadapan 10MP
    • Bateri 4500mAh yang menyokong pengecas pantas Fast Wireless Charging 2.0 and Wireless PowerShare
    • Sokongan 5G, sensor cap jari Ultrasonic, tahan habuk dan air IP68, zum sehingga 30X
    • Android 10

    Samsung Galaxy S20 Plus – RM 3999

    • Cipset Samsung Exynos 990
    • RAM 8GB, ROM 128GB (boleh ditambah sehingga 1TB)
    • Paparan 6.7 inci 120Hz dengan QHD+ Dynamic AMOLED 2X
    • Kamera belakang utama 12MP Ultra-Lebar + 12MP Sudut-Lebar + 64MP Telefoto, kamera selfie hadapan 10MP
    • Bateri 4000mAh yang menyokong pengecas pantas Fast Wireless Charging 2.0 and Wireless PowerShare
    • Sokongan 5G, sensor cap jari Ultrasonic, tahan habuk dan air IP68, zum sehingga 30X
    • Android 10

    Samsung Galaxy S20 Ultra 5G – RM4999

    • Cipset Samsung Exynos 990
    • RAM 12GB, ROM 128GB (boleh ditambah sehingga 1TB)
    • Paparan 6.9 inci 120Hz dengan QHD+ Dynamic AMOLED 2X
    • Kamera belakang utama 12MP Ultra-Lebar + 108MP Sudut-Lebar + 48MP Telefoto + sensor Kedalaman DepthVision, kamera selfie hadapan 40MP
    • Bateri 5000mAh yang menyokong pengecas pantas Fast Wireless Charging 2.0 and Wireless PowerShare
    • Sokongan 5G, sensor cap jari Ultrasonic, tahan habuk dan air IP68, zum sehingga 100X
    • Android 10

    Samsung Galaxy Buds Plus – RM

    • 3x mikrofon
    • Pembesar suara 2 hala
    • Jangka hayat bateri sehingga 11 jam
    • Perumah pengecasan (charging case) dengan tambahan jangka hayat bateri 11 jam
    • Serasi dengan Android and iOS

    Jadi, yang mana satukah pilihan hati anda? Tepuk dada, tanya selera dan kongsikan komen anda di laman Facebook kami. Maklumat pra-tempahan boleh didapati di sini. Untuk berita teknologi dan pelancaran terkini, nantikan di TechNaveBM.com.

     

    Artikel Terkini

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured