Site icon TechNave BM

Pelancaran siri Samsung Galaxy S20 – Dilengkapi kamera bergred Pro 108MP, paparan 120Hz bermula dengan harga ~RM4127

Dengan kemunculan berita pelancaran ini, maka tamatlah penantian anda terhadap siri Samsung Galaxy S20. Terkini, Samsung telah melancarkan peranti flagship terbaru siri Samsung Galaxy S20 dikuasakan dengan 5G yang terdiri daripada Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Siri ini dilancarkan dengan harga bermula daripada US$999 (~RM4,127).

Perkara pertama yang menarik tentang peranti flagship Samsung kali ini adalah daripada aspek kameranya. Dengan tetapan kamera bergred Pro pada siri Galaxy S20 ini, anda boleh menjangkakan gambar beresolusi tinggi dan prestasi videografi yang mampu menangkap kejelasan setiap sudut.

Siri S20 ini kelihatannya menjanjikan yang terbaik untuk kombinasi prestasi gaming dan kamera. Dilengkapi paparan 120Hz, peranti ini dikuasai Game Booster AI dan Hyperfast 5G-Microsoft Forza. Untuk membayangkan prestasi siri Galaxy S20 dengan lebih tepat, baca ciri teknologi dan spesifikasi penting di bawah.

Samsung Galaxy S20 Ultra

Dimulai dengan keluarga S20 yang paling menonjol dengan ciri teknologinya, Samsung Galaxy S20 Ultra. Kelainan pada S20 Ultra berbanding S20+ dan S20 adalah dari segi kamera, ukuran paparan 6.9 inci dan kapasiti bateri 5000 mAh.

S20 Ultra menawarkan RAM yang bermula dengan 12GB atau 16GB. Ia juga tampil lebih hebat dengan sistem kamera pintar 108MP dengan sensor berteknologi nona-bining dan remosaic!

Ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy S20 Ultra:

Samsung Galaxy S20+

Jika anda merasakan Galaxy S20 Ultra terlalu gah untuk anda, Samsung Galaxy S20+ mungkin pilihan yang tepat.

Tambahan pula, jika anda fikir paparan 6.9 inci terlalu besar, Samsung Galaxy S20+ hadir dengan paparan 6.7 inci dan semestinya harga yang lebih berpatutan berbanding S20 Ultra.

Ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy S20+:

Samsung Galaxy S20

Peranti flagship siri Galaxy S20 yang bersesuaian untuk penggunaan harian adalah Samsung Galaxy S20.

Ciri teknologi yang setanding dengan citarasa pengguna kasual, tetapi dengan prestasi gaming dan kamera bergred Pro yang hebat.

Untuk pengetahuan anda juga, siri Galaxy S20 ini merupakan pilihan yang bernas jika anda sedang bersiap sedia untuk rangkaian komersial 5G di Malaysia. Adakah anda teruja dengan pelancaran keluarga Samsung terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Exit mobile version