More

    Pelancaran siri Samsung Galaxy S20 – Dilengkapi kamera bergred Pro 108MP, paparan 120Hz bermula dengan harga ~RM4127

    Dengan kemunculan berita pelancaran ini, maka tamatlah penantian anda terhadap siri Samsung Galaxy S20. Terkini, Samsung telah melancarkan peranti flagship terbaru siri Samsung Galaxy S20 dikuasakan dengan 5G yang terdiri daripada Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Siri ini dilancarkan dengan harga bermula daripada US$999 (~RM4,127).

    Perkara pertama yang menarik tentang peranti flagship Samsung kali ini adalah daripada aspek kameranya. Dengan tetapan kamera bergred Pro pada siri Galaxy S20 ini, anda boleh menjangkakan gambar beresolusi tinggi dan prestasi videografi yang mampu menangkap kejelasan setiap sudut.

    Siri S20 ini kelihatannya menjanjikan yang terbaik untuk kombinasi prestasi gaming dan kamera. Dilengkapi paparan 120Hz, peranti ini dikuasai Game Booster AI dan Hyperfast 5G-Microsoft Forza. Untuk membayangkan prestasi siri Galaxy S20 dengan lebih tepat, baca ciri teknologi dan spesifikasi penting di bawah.

    Samsung Galaxy S20 Ultra

    Dimulai dengan keluarga S20 yang paling menonjol dengan ciri teknologinya, Samsung Galaxy S20 Ultra. Kelainan pada S20 Ultra berbanding S20+ dan S20 adalah dari segi kamera, ukuran paparan 6.9 inci dan kapasiti bateri 5000 mAh.

    S20 Ultra menawarkan RAM yang bermula dengan 12GB atau 16GB. Ia juga tampil lebih hebat dengan sistem kamera pintar 108MP dengan sensor berteknologi nona-bining dan remosaic!

    Ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy S20 Ultra:

    • Cipset 990 Samsung Exynos
    • RAM 12GB/16GB
    • ROM 128GB/256GB/512GB
    • Paparan 6.9 inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x dengan kadar segar semula 120Hz (Pengiktirafan HDR10+)
    • Kamera utama 12MP (ultra-lebar) + 108MP (sudut lebar) + 48MP (telefoto) dengan DepthVision, Zum Space, Zum Hibrid Optik 10x, Zum Super Resolusi sehingga 100x
    • Kamera selfie 40MP
    • Bateri 5000 mAh dengan pengecasan pantas wayarles 2.0
    • Tersedia dengan pilihan warna kelabu dan hitam

    Samsung Galaxy S20+

    Jika anda merasakan Galaxy S20 Ultra terlalu gah untuk anda, Samsung Galaxy S20+ mungkin pilihan yang tepat.

    Tambahan pula, jika anda fikir paparan 6.9 inci terlalu besar, Samsung Galaxy S20+ hadir dengan paparan 6.7 inci dan semestinya harga yang lebih berpatutan berbanding S20 Ultra.

    "
    "

    Ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy S20+:

    • Cipset 990 Samsung Exynos
    • RAM 8GB/12GB
    • ROM 128GB/512GB
    • Paparan 6.7 inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x dengan kadar segar semula 120Hz (Pengiktirafan HDR10+)
    • Kamera utama 12MP + 12MP (ultra-lebar) + 64MP (telefoto) dengan DepthVision, Zum Space, Zum Hibrid Optik 3x, Zum Super Resolusi sehingga 30x
    • Kamera selfie 10MP
    • Bateri 4500 mAh dengan pengecasan pantas wayarles 2.0
    • ersedia dengan pilihan warna kelabu, biru dan merah jambu

    Samsung Galaxy S20

    Peranti flagship siri Galaxy S20 yang bersesuaian untuk penggunaan harian adalah Samsung Galaxy S20.

    Ciri teknologi yang setanding dengan citarasa pengguna kasual, tetapi dengan prestasi gaming dan kamera bergred Pro yang hebat.

    • Cipset 990 Samsung Exynos
    • RAM 8GB/12GB
    • ROM 128GB
    • Paparan 6.2 inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x dengan kadar segar semula 120Hz (Pengiktirafan HDR10+)
    • Kamera utama 12MP + 12MP (ultra-lebar) + 64MP (telefoto) dengan Zum Space, Zum Hibrid Optik 3x, Zum Super Resolusi sehingga 30x
    • Kamera selfie 10MP serta rakaman video 8K
    • Bateri 4000 mAh dengan pengecasan pantas wayarles 2.0
    • Tersedia dengan warna kelabu, biru dan merah jambu

    Untuk pengetahuan anda juga, siri Galaxy S20 ini merupakan pilihan yang bernas jika anda sedang bersiap sedia untuk rangkaian komersial 5G di Malaysia. Adakah anda teruja dengan pelancaran keluarga Samsung terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured