Pengguna pengangkutan awam kini boleh menarik nafas lega apabila pas perjalanan My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet bermula 1 Julai 2025. Langkah ini seiring dengan agenda pendigitalan kerajaan dan usaha menggalakkan penggunaan sistem tanpa tunai dalam kalangan rakyat.
Dengan hanya beberapa langkah mudah di telefon pintar, pengguna boleh mendapatkan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan RapidKL termasuk tren dan bas. Proses digital ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan akses kepada pas My50 terutama bagi pengguna sedia ada dan pengguna baharu.
Cara aktifkan My50 secara digital:
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Lengkapkan pengesahan identiti secara elektronik
- Akses ciri “Travel Pass” dalam aplikasi dan pautkan kad TNG anda melalui fungsi NFC Pilih My50, tetapkan tarikh mula yang diinginkan, setuju dengan terma dan buat pembayaran
- Aktifkan pas dengan menyentuh kad anda sekali lagi
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 250,000 pengguna My50 sedia ada dan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam. Prasarana turut merancang untuk memperluaskan sistem tiket digital ini kepada produk lain seperti pas MyCity pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai My50 versi digital, sila layari www.myrapid.com.my dan www.touchngo.com.my. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

