More

    Pembelian pas My50 tersedia melalui Touch ‘n Go eWallet bermula 1 Julai ini

    Pengguna pengangkutan awam kini boleh menarik nafas lega apabila pas perjalanan My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet bermula 1 Julai 2025. Langkah ini seiring dengan agenda pendigitalan kerajaan dan usaha menggalakkan penggunaan sistem tanpa tunai dalam kalangan rakyat.

    Dengan hanya beberapa langkah mudah di telefon pintar, pengguna boleh mendapatkan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan RapidKL termasuk tren dan bas. Proses digital ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan akses kepada pas My50 terutama bagi pengguna sedia ada dan pengguna baharu.

    Cara aktifkan My50 secara digital:

    • Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet
    • Lengkapkan pengesahan identiti secara elektronik
    • Akses ciri “Travel Pass” dalam aplikasi dan pautkan kad TNG anda melalui fungsi NFC Pilih My50, tetapkan tarikh mula yang diinginkan, setuju dengan terma dan buat pembayaran
    • Aktifkan pas dengan menyentuh kad anda sekali lagi

    Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 250,000 pengguna My50 sedia ada dan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam. Prasarana turut merancang untuk memperluaskan sistem tiket digital ini kepada produk lain seperti pas MyCity pada masa hadapan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai My50 versi digital, sila layari www.myrapid.com.my dan www.touchngo.com.my. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...