Site icon TechNave BM

Pengguna AirPods Pro generasi pertama lihat pilihan “Adaptive Transparency” pada iOS 16.1 beta

Apple telah melancarkan AirPods Pro generasi kedua yang mempunyai beberapa penambahbaikan ketara berbanding yang pertama seperti mod “Ketelusan Adaptif” (Adaptive Transparency). Walaupun mod baharu itu eksklusif untuk Airpods Pro generasi kedua, beberapa pengguna melihat pilihan ini pada AirPods Pro pertama mereka dalam iOS 16.1 beta 3.

Kami tidak pasti sama ada ini adalah kesilapan dari pihak Apple dalam beta iOS terkini atau ciri baharu itu turut dilancarkan kepada AirPods Pro pertama. Apple pernah mengatakan bahawa ciri Adaptive Transparency memerlukan cip H2 baharu untuk berfungsi maka mungkin ini merupakan kesalahan pilihan pertama.

Mod Adaptive Transparency adalah penambahbaikan kepada mod Transparency yang terdapat pada AirPods Pro dan AirPods Max. Melalui mod baharu, bunyi kuat seperti siren atau alatan kuasa akan dikurangkan.

Menurut beberapa pengguna di Reddit yang menggunakan iOS 16.1 beta 3 pada iPhone mereka, iOS beta ini turut disertakan dengan perisian beta AirPods baharu (bina 5A304a) yang membolehkan Adaptive Transparency untuk AirPods Pro yang asal. 

Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada mod baharu itu benar-benar berfungsi pada AirPods Pro pertama dan berkemungkinan hanya berlaku pada beberapa pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version