Spotify telah menyiarkan laporan suku tahunannya dan angka yang ditunjukkan kelihatan memberangsangkan. Dalam tempoh tiga bulan lalu, platform penstriman telah meningkatkan Monthly Active Users (MAU) sebanyak 28 juta melebihi jangkaannya dan mencecah 600 juta.
Ia adalah tahap tertinggi baharu bagi syarikat Sweden itu. Hasil keseluruhan untuk tahun 2023 ialah €3.7 bilion (~RM18.96 bilion) iaitu 16% lebih daripada 2022. Pendapatan operasi merosot dengan kerugian sebanyak €75 juta (~RM384 juta) tetapi syarikat itu berbangga bahawa hasil iklannya mencapai sasaran yang memberikan pulangan sebanyak €501 juta (~RM2.56 bilion).
602 juta pengguna aktif adalah termasuk 236 juta pelanggan Premium. Pengguna berbayar meningkat 15% daripada 205 juta pada Q4 2022. Menurut data dalaman, 225 juta pengguna telah menonton Spotify Wrapped iaitu kempen pada akhir tahun yang menyediakan ringkasan yang diperibadikan bagi setiap tabiat mendengar pengguna.
Jangkaan untuk Q1 2024 adalah untuk pengguna mencapai 618 juta manakala pelanggan yang berbayar diramalkan meningkat sebanyak 3 juta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Spotify

