More

    Pengguna aktif Spotify kini 600 juta orang, sasar 3 juta lagi pengguna berbayar

    Spotify telah menyiarkan laporan suku tahunannya dan angka yang ditunjukkan kelihatan memberangsangkan. Dalam tempoh tiga bulan lalu, platform penstriman telah meningkatkan Monthly Active Users (MAU) sebanyak 28 juta melebihi jangkaannya dan mencecah 600 juta.

    Ia adalah tahap tertinggi baharu bagi syarikat Sweden itu. Hasil keseluruhan untuk tahun 2023 ialah €3.7 bilion (~RM18.96 bilion) iaitu 16% lebih daripada 2022. Pendapatan operasi merosot dengan kerugian sebanyak €75 juta (~RM384 juta) tetapi syarikat itu berbangga bahawa hasil iklannya mencapai sasaran yang memberikan pulangan sebanyak €501 juta (~RM2.56 bilion).

    602 juta pengguna aktif adalah termasuk 236 juta pelanggan Premium. Pengguna berbayar meningkat 15% daripada 205 juta pada Q4 2022. Menurut data dalaman, 225 juta pengguna telah menonton Spotify Wrapped iaitu kempen pada akhir tahun yang menyediakan ringkasan yang diperibadikan bagi setiap tabiat mendengar pengguna.

    Jangkaan untuk Q1 2024 adalah untuk pengguna mencapai 618 juta manakala pelanggan yang berbayar diramalkan meningkat sebanyak 3 juta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...