Site icon TechNave BM

Pengguna TnG eWallet digesa pautkan akaun ke peranti sebelum 3 April ini, elakkan gangguan transaksi

Touch ’n Go eWallet mengingatkan pengguna untuk memautkan akaun eWallet mereka ke peranti mereka selewat-lewatnya pada 3 April 2023. Ini kerana platform fintech itu akan melaksanakan TapSecure yang berfungsi untuk meluluskan transaksi dalam sekali klik pada tarikh tersebut.

Tidak dilupakan, Perkhidmatan TNG eWallet kini menjadi e-dompet pertama di Malaysia yang melaksanakan lima langkah keselamatan siber yang telah diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membendung jenayah penipuan atau scam.

Dalam siaran Facebook rasmi syarikat tersebut, mereka menjelaskan bahawa TapSecure adalah satu lagi tahap keselamatan pada pengguna eWallet. Selain itu, menurut laman web rasmi Touch ’n Go Digital (TNGD), TapSecure juga merupakan kaedah kelulusan mandatori yang mesti digunakan apabila meluluskan transaksi. 

Oleh itu, pengguna digesa untuk memautkan akaun mereka ke peranti mereka tidak lama lagi untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan pada eWallet mereka.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version